Friday, May 13, 2011

Larian Paya Pahang Tua 2011


TAHNIAH!! Penganjuran buat kali pertama Larian Paya Payang Tua 2011 telah membuahkan hasil yang memberansangkan. Program ini berlangsung dalam suasana yang amat meriah sekali. Terima kasih kepada semua yang membantu. Tahun depan kita anjur lagi, Insyaallah.

Klik Gambar Di atas Untuk Berita Penuh

Sunday, May 8, 2011

KARNIVAL JORAN TERBUKA PEKAN - PADA 03 MEI 2011

Tarikh : 03 Mei 2011 ( Selasa )


Tempat : Pekan River Front, Pekan


Masa : 8.00 malam – 12.00 malam

Tuesday, May 3, 2011

KARNIVAL SUKAN RAKYAT SEMPENA HARI BELIA

Tarikh : 15 Mei 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Padang MPK 2, Kuantan.

Semua belia dijemput hadir
MBD Pekan akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma ke karnival.
Sebarang pertanyaan dan ingin turut serta sila hubungi Pn. Kamilah di talian 09-4226445

Monday, April 18, 2011

AKTIVITI MBD PEKAN SEPANJANG BULAN MEI 2011


i) Karnival Joran Terbuka Pekan
Tarikh : 03 Mei 2011 ( Selasa )
Tempat : Pekan River Front, Pekan
Masa : 8.00 malam – 12.00 malam

ii) Mid Town Belia 2011
Tarikh : 03 Mei 2011 ( Selasa )
Tempat : Pekan River Front, Pekan
Masa : 8.00 malam – 12.00 malam

iii) Perkhemahan Transformasi Belia Pekan 2011
Tarikh : 06 – 08 Mei 2011 ( Jumaat – Ahad )
Tempat : Kem Ungka, Pulau Keladi, Pekan
Masa : 3.00 petang – 12 tengahari

iv) Larian Paya Pahang Tua 2011
Tarikh : 08 Mei 2011 ( Ahad )
Tempat : Padang Awam Kg. Pahang tua, Pekan
Masa : 7.30 pagi – 12 tengahari

v) Gotong-Royong Membersih Makam Sultan Muhammad Shah
Tarikh : 08 Mei 2011 ( Ahad )
Tempat : Kg. Pahang tua, Pekan
Masa : 8.00 pagi – 12 tengahari

vi) Kejohanan Sepak Takraw 4B Parlimen Pekan
Tarikh : 30 April – 1 Mei 2011
Tempat : Dewan Komuniti MDP
Masa : 8.30 pagi

vii) Mesyuarat Agung Tahunan MBD Pekan Kali Ke - 20/2011
Tarikh : 17 Mei 2011 ( Selasa )
Tempat : Tasik Chini Resort, Pekan
Masa : 9.00 pagi

viii) Kem Transformasi Pemimpin Belia 2011
Tarikh : Akan dimaklumkan kemudian
Tempat : D’Ambang Resort, Kg. Mambang, Pekan

ix) Rombongan Belia Pekan Ke Perhimpunan Sejuta Belia 2011
Tarikh : 27 – 29 Mei 2011
Tempat : Putrajaya

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi Puan Kamilah bt Salim
di talian 09-4226445

Sunday, April 17, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN- PEMIMPIN BELIA DAERAH PEKAN 2011


Majlis Ramah Mesra ini telah diadakan pada hari Ahad 17 April 2011 bertempat di perkarangan Bangunan Majlis Belia Daerah Pekan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Encik Khairuddin Mahmud, ADUN Kawasan Pulau Manis. Antara jemputan yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Pekan iaitu YH Dato' Mohd Fadzli bin Mohd Kenali dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pekan iaitu Encik Khairi bin Amat. Pengisian acara majlis turut diserikan dengan ceramah khas mengenai Halatuju Kepimpinan Belia Masa Kini dan Masa Depan oleh Yang Berbahagia Al-Fathil Ustaz Amir Razli bin Amir Abdul Ghaffur Al-Quraisy, Felo Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pekan.


























Friday, March 18, 2011

Program Qurban Perdana MPNGO Parlimen Pekan

Dato' Fadzli Pegawai Daerah Pekan sedang agih kepada penerima


En Daud Chief Tukang Masak


Potong Sayur



Sembelih


Program ini telah diadakan sempena Hari Raya Qurban tahun 2010.

Monday, January 24, 2011

Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2011



Putrajaya, 17 Jan 2011 – Pada sidang media Anugerah TOYM (JCI Ten Outstanding Young Malaysian) 2011 di Menara KBS, Putrajaya, belia diberikan galakan agar sentiasa berusaha gigih dalam bidang kerjaya serta menyumbang bakti dan khidmat kepada masyarakat.
Maka sebab itu satu Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) telah diwujudkan oleh JCI (Junior Chamber International) Malaysia, sejak tahun 1985 dan dikelolakan oleh JCIKLM (Junior Chamber International Kuala Lumpur Manadarin) sebagai penganjur TOYM sepuluh tahun berturut-turut serta akan diteruskan lagi pada 30 Julai 2011.
Sejak diperkenalkan anugerah paling tua di Malaysia ini, seramai 150 orang telah dinobatkan sebagai pemenang yang diadili oleh pengadil yang terdiri daripada personaliti yang ternama dan disanjung tinggi oleh masyarakat kita.
Tahun ini (2011), seramai 10 orang akan disenarai pendek untuk dianugerahkan dengan gelaran Belia Cemerlang Malaysia mulai pertengahan bulan April 2011.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Gan Peng Sieu dalam sidang media berhubung penganjuran majlis ini di Putrajaya semalam (17/01/2011) menyatakan bahawa “Projek tahunan ini merupakan pengiktirafan yang mustahak kepada belia-belia kita, khasnya kepada belia yang aktif dalam bidang masing-masing.”
Pemenang-pemenang anugerah akan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan pemenenang-pemenang anugerah belia cemerlang lain yang berasal dari hampir 100 buah Negara dari seluruh dunia, demi memenangi Anugerah tertinggi TOYP (The Outstanding Young Person) Dunia ini.
Tambah YB Gan lagi, pemenang-pemenang anugerah sebelum ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap pencapaian kerjaya mereka yang lebih baik dan terbukti apabila tujuh pemenang Anugerah TOYM telah memenangi Anugerah TOYP yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pencalonan Anugerah TOYM 2011 ini adalah terbuka kepada semua belia pelbagai kaum yang berusia 18-40 tahun dan terdapat 10 kategori yang diketengahkan pihak penganjur sebagai syarat pencalonan anugerah TOYM. Borang pencalonan boleh dimuat-turun dari laman web rasmi TOYM di www.toym.com.my.

Interlok mangsa manipulasi



Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Terdapat pihak yang sengaja memanipulasi dan mempolitikkan kandungan novel Interlok tulisan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain sehingga menyentuh sensitiviti kaum India iaitu apabila golongan itu tersalah tafsir.
Novel tersebut menjadi mangsa apabila kandungannya telah dipolitikkan oleh banyak pihak sehingga mengakibatkan ia disalah tafsir terutama di kalangan kaum India.
Dekan Fakulti Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ambigapathy Pandian berkata, dari sudut akademik, Interlok telah ditulis dengan begitu baik sekali dan tidak mempunyai apa-apa masalah.
Menurutnya, pembaca sebenarnya perlu membaca dari muka surat pertama sehingga ke akhir untuk memahami apa yang hendak disampaikan penulis melalui Interlok.
“Ia bukan isu orang India di negara ini tidak boleh menerima hakikat siapa mereka. Tetapi ia lebih kepada sikap sesetengah pihak yang memanipulasikan isu ini.
“Apabila ada pihak yang bertindak demikian, maka ia telah menyebabkan kaum India tersalah tafsir.
“Bagi saya buku ini bukan masalah tetapi yang penting adalah bagaimana kita menggunakannya untuk memahami makna sebenar ceritanya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi Perbincangan Meja Bulat Mengenai Isu Novel Interlok: Perspektif Belia Malaysia yang dianjurkan Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.
Ambigapathy berkata, dari sudut akademik, masalah mula timbul apabila Interlok digunakan di sekolah bagi tujuan pembelajaran dan oleh sebab itu, guru-guru yang mengajar perlu benar-benar memahami konteks sebenar Interlok.
“Mula-mula ia digunakan di universiti jadi tidak ada masalah. Tetapi ia dipertikaikan sekarang apabila digunakan di sekolah dan lebih buruk apabila ada orang yang menyalahertikan perkataan paria itu.
“Maka, memang perkara ini telah terkeluar dari konteks sebenar yang ingin disampaikan penulis,” katanya.
Beliau berkata, Interlok adalah contoh penulisan kreatif dan setiap pembaca akan tampil dengan pandangan berbeza mengenai makna sebenar ceritanya.
“Ia satu bentuk interaksi antara penulis dan pembaca yang mana penulis tidak akan menyediakan makna kepada ceritanya sebaliknya pembaca sendiri perlu mendalami maksud sebenar melalui pembacaannya.
“Bagaimana ia digunakan iaitu ditafsir dan difahami oleh pembaca terutama golongan pelajar dan generasi muda hari ini, itu yang mencabar,” katanya.

Hari Belia Negara 2011


PM mahu MBM guna teknologi terkini


Putrajaya, 14 Januari 2011 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Kunjung Hormat ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada jam 4 petang. Delagasi MBM diketuai sendiri oleh Presidennya, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Ng Chin Long dan disertai oleh dua puluh lima exco lain. Pertemuan dengan YAB. Perdana Menteri ini yang berlangsung selama sejam diisi dengan perbincangan mengenai beberapa isu yang berkaitan pembangunan belia samada pada peringkat akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa serta beberapa isu lain seperti MPBN, HBN 2011 serta program pembangunan pemimpin muda. Pada kesempatan ini juga, Sdr. Presiden MBM turut memperkenalkan barisan exconya yang terdiri dari pemimpin-pemimpin belia yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007. YAB. Perdana Menteri dalam ucapannnya mahu MBM tidak lagi bergantung kepada pendekatan lama sepenuhnya dalam mendekati belia tetapi harus menggunakan teknologi terkini seperti teknologi sms, sosial network serta kemudahan laman web. Menurut YAB Perdana Menteri lagi, teknologi terkini telah terbukti amat berkesan untuk mendekati golongan sasaran dan MBM hendaklah tidak ketinggalan dalam bidang ini.