Putrajaya, 14 Januari 2011 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Kunjung Hormat ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada jam 4 petang. Delagasi MBM diketuai sendiri oleh Presidennya, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Ng Chin Long dan disertai oleh dua puluh lima exco lain. Pertemuan dengan YAB. Perdana Menteri ini yang berlangsung selama sejam diisi dengan perbincangan mengenai beberapa isu yang berkaitan pembangunan belia samada pada peringkat akar umbi hingga ke peringkat antarabangsa serta beberapa isu lain seperti MPBN, HBN 2011 serta program pembangunan pemimpin muda. Pada kesempatan ini juga, Sdr. Presiden MBM turut memperkenalkan barisan exconya yang terdiri dari pemimpin-pemimpin belia yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007. YAB. Perdana Menteri dalam ucapannnya mahu MBM tidak lagi bergantung kepada pendekatan lama sepenuhnya dalam mendekati belia tetapi harus menggunakan teknologi terkini seperti teknologi sms, sosial network serta kemudahan laman web. Menurut YAB Perdana Menteri lagi, teknologi terkini telah terbukti amat berkesan untuk mendekati golongan sasaran dan MBM hendaklah tidak ketinggalan dalam bidang ini.
No comments:
Post a Comment